"Future teacher. Kuat makan? itu saya. Fanatik korea? itu bukan saya. *smile

Tuesday, January 17, 2012

Dyslexia

Hai semua. 

Td aku baru je tgk filem hindustan dalam klas. Best woo. Semangat gila aku tgk. Hahaha (bukan aku sorg je okay). Mekasih kpd lecturer kteorg yg sgt sporting.

Tajuknya? Taare Zameen Par lakonan mantopz Aamir Khan (dia gak yg direct. Hebat!)


Kisahnya... Ishaan Awasthi (Darsheel Safary), sorg budak 8 tahun yg mengalami gangguan dlm pembelajaran sehinggakn ibubapanya trpaksa mnghntar dia ke sbuah skolah brasrama. Apabila seorg guru seni baru di skolah tersebut mndapati bahawa Ishaan sbenarnya mnghidap masalah dyslexia, dia berusaha utk membantu anak muridnya itu melalui pelbagai cara sehingga brjaya. Mmg cikgu yg prihatin.......



Apa itu penyakit Dyslexia?

Dyslexia merujik kepada mereka yg mmpunyai mslh utk menulis & mmbaca walaupun mmpunyai pemikiran yg normal. Mereka sbnrnya bukanlah cacat, malah sebahagian drpd orang2 yg terkenal turut mnghadapi mslh yg sama. Cthnya:

Albert Einstein, penemu teori kerelatifan

Leonardo da Vinci, pelukis yg trkenal dgn potret Mona Lisa


Walt Disney, Bapa Mickey Mouse

Bole saya tau ciri2 pesakit Dyslexia?
1. Biasanya dikesan pd awal persekolahannya.
2. Lambat mmbaca & mempunyai tulisan cakar ayam.
3. Sering mengulang & menambah pd sesuatu prkataan semasa membaca.
4. Keliru dgn perkataan dgn huruf2 tertentu sperti "p" menjd "q", "b" dianggap "d".
5. Pehatian mula trganggu sehingga gagal mnyiapkn sesuatu kerja.
6. Terlalu mengikut perasaan sendiri.


Bagaimana bole berlaku?
1. Cara kerja otak yg berbeza drpd normal.
2. Keturunan


Alamak, Anak saya mmpunyai simptom2 ini. Bolekah dia dirawat?
Penyakit ini boleh dirawat, tetapi tdk bole diubati. Penhidap Dyslexia lazimnya akan diberi terapi utk mningkatkan kemahiran linguistik, brfikir & sosial.



Lukisan Ishaan yg menunjukkn bakat terpendamnya.


Moral of the story:
#1 Kpd bakal2 para pendidik di luar sana, anda haruslah bersedia mnghadapi pelbagai kmungkinan. Manalah tau anda akan jumpa murid2 yg istimewa sperti Ishaan.

#2 Ibu bapa spatutnya lebih peka dgn anak2 mereka. Try utk knl pasti mslh anak2.

#3 Bersyukurlah sekiranya dilahirkan sempurna.






Tuesday, January 10, 2012

Makanan tradisi orang Kadazan Dusun Sabah

Hai semua.

Td tym dinner saya n Dulcy, rakan karib course mate saya mmg puas ati. Tau npe?

Sebab ni...


IKAN BILIS, BAMBANGAN, BOSOU- sy bawak, TUHAU- Dulcy pnya (yg dlm container ye) 

Ini la antara makanan tradisi org2 dusun kat Sabah (Kteorg ni asal Sabah ). So dpt mkn mknn tradisi kteorg even berada kt tempat org (Study kat Johor) pun dh cukup memadai. Dpt lps rindu kat Sabah kejap :)

For your information,

Ikan bilis mmg dh biasa korg mkn kan? Camne dgn bambangan, bosou, tuhau? Mesti x prnah kn?


Therefore, allow me to introduce..

Bambangan- Sejenis mangga liar. Org iban menggelar buah ini sbgai "mawang". Kulitnya berwarna coklat dan mmpunyai bau yang agak pedas. Org kadazan dusun biasanya dibuat sbgai jeruk atau dmasak brsama ikan utk rasa yg trsendiri. Org Iban lak gemar memakan buah ini tnpa dcampur apa2 (kiranya brbeza dr org kadazan dusun). Lau korg g Sabah, korg bole dptkn buah ni kat pasar "tamu" atau pasar kat tepi2 jalan tu.


Buah bambangan

Jeruk bambangan

Bosou- Juga dikenali sebagai Tonsom merupakan salah satu hidangan traditional sampingan istimewa bagi suku kaum Kadazan Dusun, Sabah. Bosou merupakan makanan tradisi yang menyerupai perkasam atau 'jeruk'. Bagi suku kaum Ranau, ia dikenali sebagai 'tinamba'. Bosou boleh dihasilkan drpd plbagai bahan seperti ikan kepayang, daging mentah atau sayur-sayuran (kite mnat ngan ni).

Sorry x jelas sgt rupa bosou ni


Tuhausejenis makanan traditional kaum Kadazan Dusun yang diperbuat daripada tumbuhan E. coccineaala kerabu. Tuhau banyak terdapat di Tambunan, Ranau dan Keningau, Sabah. Org2 tempatan Sabah mnjadikannya sbagai jeruk. 

Inilah tuhau


Namun, ini hanyalah tiga daripada berpuluh2 lg mkanan traditional kat Sabah.



Sedap
Slalunya aku akan bawak mknan2 mcm ni sbagai tapau dari Sabah utk dimkn brsama kwn2 Sabah kat Johor (sbb dorg jrg balik brbanding aku). Dibuat khas oleh Nenda dan dibungkus oleh Bonda.

So, untuk korg yg nak jalan2 kat Sabah pastikan korg cari mknan2 ini. Rugi tau tak try. Only in Sabah :)

Thursday, January 5, 2012

Kenapa Aku Tulis Blog?

Hai semua.

Ini bukan first time aku tulis blog. Baru sekarang aku nak mula balik menulis setelah sekian lama.

Kenapa aku tulis blog?

1. Minat/hobi

Sebenarnya aku ni minat menulis. Lebih2 lg kalau bab free writing. Dari zaman aku kecik sampailah sekarang aku akan dapat markah bagus dalam penulisan. Kiranya menulis ni sebahagian dari hidup aku.


2. Share ilmu

Bila kita ada ilmu, aku rasa kita tak patut simpan untuk diri sendiri sahaja. Aku nak share ilmu aku sebanyak yang mungkin kepada semua orang. Maybe sebahagian besar dari apa yang aku kongsikan nanti berdasarkan pendapat atau pengalaman aku sendiri. So, kalau ada silap, mohon tunjuk ajar ya! *smile*


3. Release Tension
Orang cakap makin tua makin cepat tension. Nak pikir hal ni, hal tu. Kalau balik zaman budak2 dulu sedap jugak. Bagi aku, meluahkan perasaan dalam bentuk penulisan ni salah satu cara yg efektif menghilangkan tension selain meluahkan perasaan kepada org lain. Ye la, bukan semua org yg sudi dengar dengar keluhan kita 24/7.


Tetapi aku tidak menulis blog hanya semata-mata untuk:

1. Nama

Kadang2 org tulis blog ni untuk dapat nama. Nak org lain kenal siapa anda. Mungkin orang2 macam ni ada hati nak jadi artis tp tak kesampaian sbb xde bakat. Mulalah dorg gunakan blog ni sbagai medium dorg.

2. Duit

Tulis blog sebab nak dpt duit je. Tak kisah org kata apa, yg penting dpt duit, tak kiralah Nuffnang ke, Innity ke apa. Tp siapa la yg tak suka duit kan? Kalau korang tak suka duit, boleh la bagi kat aku. Haha. Bukan apa, dlm dunia kita skrg ni hampir semua benda perlukan duit.


Anda pula macam mana?
Copyright© All Rights Reserved Heyidontknowu.blogspot.com