"Future teacher. Kuat makan? itu saya. Fanatik korea? itu bukan saya. *smile

Tuesday, January 17, 2012

Dyslexia

Hai semua. 

Td aku baru je tgk filem hindustan dalam klas. Best woo. Semangat gila aku tgk. Hahaha (bukan aku sorg je okay). Mekasih kpd lecturer kteorg yg sgt sporting.

Tajuknya? Taare Zameen Par lakonan mantopz Aamir Khan (dia gak yg direct. Hebat!)


Kisahnya... Ishaan Awasthi (Darsheel Safary), sorg budak 8 tahun yg mengalami gangguan dlm pembelajaran sehinggakn ibubapanya trpaksa mnghntar dia ke sbuah skolah brasrama. Apabila seorg guru seni baru di skolah tersebut mndapati bahawa Ishaan sbenarnya mnghidap masalah dyslexia, dia berusaha utk membantu anak muridnya itu melalui pelbagai cara sehingga brjaya. Mmg cikgu yg prihatin.......



Apa itu penyakit Dyslexia?

Dyslexia merujik kepada mereka yg mmpunyai mslh utk menulis & mmbaca walaupun mmpunyai pemikiran yg normal. Mereka sbnrnya bukanlah cacat, malah sebahagian drpd orang2 yg terkenal turut mnghadapi mslh yg sama. Cthnya:

Albert Einstein, penemu teori kerelatifan

Leonardo da Vinci, pelukis yg trkenal dgn potret Mona Lisa


Walt Disney, Bapa Mickey Mouse

Bole saya tau ciri2 pesakit Dyslexia?
1. Biasanya dikesan pd awal persekolahannya.
2. Lambat mmbaca & mempunyai tulisan cakar ayam.
3. Sering mengulang & menambah pd sesuatu prkataan semasa membaca.
4. Keliru dgn perkataan dgn huruf2 tertentu sperti "p" menjd "q", "b" dianggap "d".
5. Pehatian mula trganggu sehingga gagal mnyiapkn sesuatu kerja.
6. Terlalu mengikut perasaan sendiri.


Bagaimana bole berlaku?
1. Cara kerja otak yg berbeza drpd normal.
2. Keturunan


Alamak, Anak saya mmpunyai simptom2 ini. Bolekah dia dirawat?
Penyakit ini boleh dirawat, tetapi tdk bole diubati. Penhidap Dyslexia lazimnya akan diberi terapi utk mningkatkan kemahiran linguistik, brfikir & sosial.



Lukisan Ishaan yg menunjukkn bakat terpendamnya.


Moral of the story:
#1 Kpd bakal2 para pendidik di luar sana, anda haruslah bersedia mnghadapi pelbagai kmungkinan. Manalah tau anda akan jumpa murid2 yg istimewa sperti Ishaan.

#2 Ibu bapa spatutnya lebih peka dgn anak2 mereka. Try utk knl pasti mslh anak2.

#3 Bersyukurlah sekiranya dilahirkan sempurna.






No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved Heyidontknowu.blogspot.com