"Future teacher. Kuat makan? itu saya. Fanatik korea? itu bukan saya. *smile

Thursday, January 5, 2012

Kenapa Aku Tulis Blog?

Hai semua.

Ini bukan first time aku tulis blog. Baru sekarang aku nak mula balik menulis setelah sekian lama.

Kenapa aku tulis blog?

1. Minat/hobi

Sebenarnya aku ni minat menulis. Lebih2 lg kalau bab free writing. Dari zaman aku kecik sampailah sekarang aku akan dapat markah bagus dalam penulisan. Kiranya menulis ni sebahagian dari hidup aku.


2. Share ilmu

Bila kita ada ilmu, aku rasa kita tak patut simpan untuk diri sendiri sahaja. Aku nak share ilmu aku sebanyak yang mungkin kepada semua orang. Maybe sebahagian besar dari apa yang aku kongsikan nanti berdasarkan pendapat atau pengalaman aku sendiri. So, kalau ada silap, mohon tunjuk ajar ya! *smile*


3. Release Tension
Orang cakap makin tua makin cepat tension. Nak pikir hal ni, hal tu. Kalau balik zaman budak2 dulu sedap jugak. Bagi aku, meluahkan perasaan dalam bentuk penulisan ni salah satu cara yg efektif menghilangkan tension selain meluahkan perasaan kepada org lain. Ye la, bukan semua org yg sudi dengar dengar keluhan kita 24/7.


Tetapi aku tidak menulis blog hanya semata-mata untuk:

1. Nama

Kadang2 org tulis blog ni untuk dapat nama. Nak org lain kenal siapa anda. Mungkin orang2 macam ni ada hati nak jadi artis tp tak kesampaian sbb xde bakat. Mulalah dorg gunakan blog ni sbagai medium dorg.

2. Duit

Tulis blog sebab nak dpt duit je. Tak kisah org kata apa, yg penting dpt duit, tak kiralah Nuffnang ke, Innity ke apa. Tp siapa la yg tak suka duit kan? Kalau korang tak suka duit, boleh la bagi kat aku. Haha. Bukan apa, dlm dunia kita skrg ni hampir semua benda perlukan duit.


Anda pula macam mana?

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved Heyidontknowu.blogspot.com